Pendaftaran Tahun 1 sesi akademik 2027 dibuka mulai 15 Februari
PUTRAJAYA – Pendaftaran Tahun 1 bagi sesi akademik 2027 akan dibuka mulai 15 Feb hingga 31 Mac.
Ketua Pengarah Pendidikan, Dr. Mohd. Azam Ahmad berkata, selain daripada kanak-kanak yang lahir di antara 2 Januari 2020 hingga 1 Januari 2021 (kohort tujuh tahun), pendaftaran turut dibuka bagi kanak-kanak yang lahir antara 2 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021 (kohort enam tahun).
“Ketetapan ini selaras dengan keputusan kerajaan yang membuka peluang kepada kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun 1 bermula 2027 secara sukarela dan tanpa perlu menduduki ujian saringan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pendaftaran boleh dibuat melalui Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (MOEIS) bermula 15 Februari hingga 31 Mac depan.
Semalam, kerajaan memutuskan ujian saringan diagnostik bagi menentukan kelayakan kemasukan murid ke tahun satu pada usia enam tahun mulai sesi persekolahan 2027 tidak dilaksanakan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira kebimbangan ujian berkenaan boleh memberi kesan psikologi serta bersifat diskriminatif terhadap kanak-kanak.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












