Pengarah IPTA ditahan, disyaki salah guna kuasa dapatkan kontrak perolehan
SUNGAI PETANI – Seorang pengarah institusi pengajian tinggi awam direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan kontrak perolehan bernilai kira-kira RM16,000.
Perintah reman terhadap suspek, seorang wanita berusia lingkungan 50-an, dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi selepas permohonan dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini hari ini.
Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira pukul 1 tengah hari semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM, di sini.
Difahamkan, siasatan awal mendapati suspek dipercayai menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengerusi sebuah koperasi dengan melantik sebuah syarikat milik anaknya untuk membekalkan kain batik, yang bertujuan bagi untuk penghasilan pakaian batik bagi pensyarah dan kakitangan institusi berkenaan.
Kesalahan yang didakwa itu dipercayai berlaku sekitar Ogos tahun lalu.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











