Perhilitan rampas burung Murai Batu bernilai RM150,000
SUNGAI PETANI – Seorang lelaki berusia 20-an di Bandar Puteri Jaya di sini ditahan selepas didapati memelihara 12 ekor burung Murai Batu tanpa lesen sah di kediamannya.
Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, serbuan dilakukan menerusi operasi bersepadu Ops Bersepadu Khazanah (OBK) yang melibatkan kerjasama Perhilitan; Unit Wildlife Crime Unit (WCU); polis Jabatan Keselamatan Dalam Negeri; Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman serta Majlis Perbandaran Sungai Petani.
“Hasil pemeriksaan di kediaman tersebut menemui 12 ekor burung Murai Batu yang disimpan tanpa lesen sah. Nilai pasaran burung ini dianggarkan sekitar RM150,000,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan pemilik kediaman itu melanggar Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) serta gagal mematuhi peraturan pihak berkuasa tempatan berkaitan penjagaan haiwan peliharaan.
“Tindakan ini bukan sahaja melanggar undang-undang, tetapi juga mengabaikan hak komuniti sekeliling yang mengadu tentang bunyi bising dan bau najis yang mengganggu,” tambah beliau.
Mangsa kini ditahan bagi membantu siasatan lanjut di Balai Polis Sungai Petani.
Dalam perkembangan lain, dalam operasi berasingan di Kampung Padang Buloh, Kulim, perhilitan dan polis merampas beberapa spesies hidupan liar termasuk burung Daun Hijau, burung Bayan Puling, landak dan kera tanpa lesen.
“Rampasan ini merupakan usaha berterusan kami untuk membanteras pemeliharaan hidupan liar tanpa izin yang boleh menjejaskan keseimbangan ekosistem dan menyalahi undang-undang,” ujarnya.
“Polis turut menemui 271 bungkusan plastik lut sinar yang mengandungi cecair disyaki air ketum bernilai lebih RM2,000.
“Semua rampasan ini akan disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Racun 1952 dan kami tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang,” tegasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












