POLITIK

[VIDEO] PH sedia gerak solo jika rakan dalam Kerajaan Perpaduan memilih untuk ‘bertempur’

JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) sedia bergerak solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang selepas mengumumkan akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, gabungan itu tidak akan berdiam diri sekiranya rakan dalam Kerajaan Perpaduan memilih untuk ‘bertempur’ dalam pilihan raya negeri akan datang.

@malaysiatribune

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada pihak yang mengugut dan mengkhianati parti dari dalam bahawa beliau tidak gentar untuk berdepan pilihan raya. Tegasnya, jika sudah sampai masanya (untuk pilihan raya), PH akan bersedia untuk bermula di Johor, seterusnya di Negeri Sembilan dan kemudian Pilihan Raya Umum. #beritasemasa #viralnews #malaysiatribunenews #beritatularmalaysia

♬ original sound – malaysia tribune – malaysia tribune

“Kalau mereka sudah ambil keputusan untuk bertempur, jawapan kita harus tegas.

“Hari ini PH mengambil keputusan untuk menjawab dengan tegas. Kalau inilah pilihan mereka, PH akan bertanding di semua kawasan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Pusat konvensyen Antarabangsa Persada Johor, di sini hari ini.

Anwar yang juga Presiden PKR berkata, keputusan tersebut bukan sahaja melibatkan Johor dan Negeri Sembilan malah semua kerusi DUN di Selangor, Pulau Pinang serta Pahang turut disenaraikan untuk ditandingi PH secara menyeluruh.

“Di Johor sudah diumumkan, Negeri Sembilan juga hampir selesai, kita lawan semuanya,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Tambun itu bagaimanapun menegaskan, PH masih terbuka untuk berunding sekiranya kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan dapat diperkukuhkan demi kestabilan negara.

Namun katanya, jika ada pihak memilih untuk meretakkan hubungan sedia ada, PH juga bersedia menghadapi pertandingan secara terbuka.

“Gendang sudah dipalu, perang sudah diisytiharkan. Kalau mereka pilih untuk bertempur, kita lawan dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

“Saya akan bincang dengan kawan-kawan PH secara serius. Kalau inilah cara untuk memperkukuh kekuatan dan meretakkan hubungan dalam kerajaan, apakah mungkin kita pilih untuk bertanding sendiri pada pilihan raya umum akan datang,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button