PM hadir sambutan Peringatan Hari Polis ke-219 di PULAPOL KL
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghadiri sambutan Hari Polis ke-219 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur hari ini.
Ketibaan beliau kira-kira pukul 2 petang disambut oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, timbalannya Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, serta barisan pengarah Jabatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut menyempurnakan pelancaran Buku MESRA PDRM, iaitu Modul Kesedaran Jenayah Kanak-Kanak dan Remaja.
Sambutan Hari Polis dengan slogan “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” diadakan setiap 25 Mac bagi menghargai jasa, pengorbanan dan dedikasi warga PDRM dalam mengekalkan keamanan serta ketenteraman awam.
Tarikh itu juga menandakan penubuhan pasukan polis pertama di Pulau Pinang pada 25 Mac 1807, susulan Piagam Keadilan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












