PMX
PM salur bantuan awal untuk lima rumah daif di Kampung Chendor
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 kepada lima buah rumah daif di Kampung Chendor Kuantan, Pahang, bagi membaiki rumah tersebut.
Perdana Menteri berkata, bantuan berkenaan disalurkan semasa Setiausaha Politik beliau Ahmad Farhan Fauzi, melakukan kunjungan ke rumah terbabit di kampung itu, baru-baru ini.
“Ahmad Farhan telah meninjau keadaan rumah-rumah tersebut dan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM15,000 untuk setiap rumah untuk kos membaiki rumah-rumah tersebut,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |










