BERITA SEMASAPMX
PM titip doa buat Sultan Brunei
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan doa buat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang dijadual menjalani rawatan kesihatan.
Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata, pihaknya menerima perkhabaran bahawa baginda akan menjalani rawatan dalam masa terdekat.
“Mendoakan agar KDYMM Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan serta berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT.
“Semoga baginda tuanku kekal qarar memerintah Negara Brunei Darussalam dengan penuh hikmah dan kebijaksanaan,” tulis beliau.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












