BERITA SEMASA

PM umum peruntukan tambahan baiki asrama Semadah

REMBAU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan tambahan hampir RM900,000 bagi membaik pulih asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Dato’ Haji Abu Hassan Haji Sail (Semadah) Pedas di sini yang terbakar pada Julai tahun lalu.

Menurut Anwar yang juga Menteri Kewangan, tambahan peruntukan tersebut adalah kerana peruntukan sebelum ini yang berjumlah hampir RM3 juta dilihat tidak mencukupi.

“Saya akan minta menteri besar bincang dengan pengarah Jabatan Kerja Raya supaya dapat Kementerian Kewangan sediakan kelulusan khas agar kerja baik pulih dapat dipercepatkan dan tidak ikut proses JKR daripada peruntukan yang diumumkan sebelumnya, ia ditambah menjadi RM3.89 juta,” katanya ketika berucap selepas mengadakan lawatan ke sekolah berkenaan semalam.

Yang hadir sama, Menteri Pertahanan yang juga Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Dalam pada itu, Anwar turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM310,000 bagi tujuan menaik taraf bilik guru dan surau di sekolah berkenaan.

“Terima kasih kerana kecekalan pengetua dan pendidik serta disiplin anak-anak di sini yang dapat mengangkat kedudukan sekolah ini menjadi antara sekolah cemerlang.

“Sekolah ini tidak daif tetapi daripada prasarana sangat sederhana, kalau lihat asrama itu kesesakannya luar biasa dan kemudahannya agak minimum tetapi masih mampu kerana komitmen dan dedikasi tenaga pengajar dan disiplin anak-anak dengan masih mengangkat martabat akademik satu sekolah ini,” katanya lagi.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira  10 bilik asrama pelajar lelaki sekolah berkenaan musnah dalam kebakara pada 31 Julai tahun lalu.

Kejadian tersebut turut mengakibatkan bahagian bumbung dan dinding sebuah kelas di blok bersebelahan musnah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button