PM umum RM500 juta bagi kerja pembaikan pasca banjir
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan peruntukan sebanyak RM500 juta bagi membaiki kerosakan infrastruktur awam susulan banjir yang melanda beberapa negeri, baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata, dalam masa yang sama beliau telah mengarahkan semua jabatan di bawah kerajaan negeri dan Persekutuan supaya melakukan penilaian kerosakan serta melaksanakan kerja pembaikan dengan segera.
“Ini termasuk sekolah, klinik, kemudahan asas dan jalan… untuk segerakan, saya meluluskan RM500 juta untuk tujuan membaiki kerosakan akibat banjir,” katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara, hari ini.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah meningkatkan kesiapsiagaan dan melaksanakan tindakan sewajarnya bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri dalam mendepani bencana itu.
“Banjir tahun ini menyaksikan lebih 150 pusat pemindahan sementara tambahan diaktifkan baru-baru ini, (yang) membantu lebih 12,000 mangsa,” katanya lagi.
Setakat pukul 8 pagi tadi, jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor, Terengganu, Kelantan, Perak, Kedah, Pahang dan Perlis sudah menurun.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












