JENAYAH & MAHKAMAH

Polis cari individu cetus kekecohan di stadium

KUALA LUMPUR – Pihak polis sedang mengesan individu yang terlibat dalam kekecohan di sebuah stadium di Petaling Jaya, selepas tamatnya perlawanan Liga Super, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supt M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya telah mengesan dua video tular di media sosial pada pukul 10.15 pagi semalam, mengenai kejadian tersebut yang menyebabkan pintu pagar besi masuk ke tempat duduk penyokong, dirosakkan.

Katanya, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia telah dibuka dan siasatan masih diteruskan untuk mengesan suspek terbabit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Sebarang maklumat berkenaan kejadian itu boleh disalurkan melalui Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya ditalian 03-79662222,” katanya dalam kenyataan, semalam.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button