Polis kesan lelaki curi motosikal depan rumah
SHAH ALAM – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang disyaki mencuri sebuah motosikal yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Padang Jawa, selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asistan Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan daripada seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an pada pukul 9.47 pagi kelmarin.
Menurut beliau, mangsa menyedari motosikal miliknya hilang selepas mendapati kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah sudah tiada dan dipercayai dibawa lari oleh suspek yang masih belum dikenal pasti.
“Polis sedang giat menjalankan usaha mengesan dan menangkap suspek yang terlibat dalam kejadian ini.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Rustam Eliah di talian 019-6148034.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |





