JENAYAH & MAHKAMAH

Polis NS sahkan letupan berpunca daripada IED

NILAI – Polis Negeri Sembilan mengesahkan penemuan beberapa objek disyaki bahan letupan buatan sendiri (IED) berikutan kejadian letupan di kawasan Desa Palma, di sini hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam melalui panggilan NG MERS 999 kira-kira jam 7.08 pagi berhubung letupan itu serta penemuan paku yang bertaburan di kawasan berkenaan.

ied
Objek dipercayai sebagahian daripada peranti IED yang ditemukan di tempat kejadian. Turut kelihatan, paku yang ditemukan bertaburan di sekeliling kawasan letupan.

“Sepasukan polis segera digerakkan ke lokasi kejadian dan hasil maklumat saksi awam mendapati letupan dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan.

“Pemeriksaan lanjut ke atas rumah-rumah berhampiran telah membawa kepada penemuan tiga objek disyaki IED di dalam salah sebuah rumah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

BACA JUGA:
[VIDEO] Objek dipercayai bom buatan sendiri meletup, seorang dipercayai cedera

Menurutnya, kira-kira 250 meter dari lokasi kejadian, polis turut menemukan kenderaan yang disyaki menjadi punca letupan terbabit.

Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut turut menemukan beberapa peralatan dan bahan yang disyaki digunakan dalam kejadian itu.

“Kes kini disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya serta Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menganggu siasatan,” katanya lagi.

Beliau turut orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button