Polis percaya Pamela masih berada dalam negara
KUALA LUMPUR – Polis percaya wanita yang dilaporkan hilang semasa dalam perjalanan untuk hadir memberi keterangan di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Pamela Ling Yueh masih berada dalam negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, rekod perjalanan ke luar negara oleh Jabatan Imigresen (JIM) menunjukkan tidak ada pergerakan keluar negara oleh wanita berkenaan.
“Kali terakhir dia keluar (negara) adalah pada bulan Januari lalu, setakat ini tiada pergerakan dari Malaysia melalui saluran yang sah.
“Berdasarkan rekod Imigresen kita percaya Pamela masih berada di negara ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Sementara itu Rusdi berkata, pihak polis juga percaya wanita berkenaan masih hidup dan disembunyikan daripada pihak berkausa.
Ditanya mengenai kemungkinan kejadian tersebut dirancang, beliau tidak memberikan sebarang komen.
“Kalau katakan dia buat sendiri kalau kita katakan tidak, kenapa? Macam tuan-tuan ada siarkan (laporan berita) dia ini naik Grab seorang diri.
“Kita pun semak dia pergi ke mana-mana pun memang dia naik Grab jadi bukan sesuatu yang agak pelik naik,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












