JENAYAH & MAHKAMAH

Polis rakam percakapan Tony Pua

KUALA LUMPUR – Pihak polis difahamkan sedang merakam percakapan bekas Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua, susulan kenyataannya berkait isu titah dan Rukun Negara.

Menurut BH Online, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP itu dipanggil pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Kontinjen Selangor, berhubung siasatan terhadapnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bermula pukul 4 petang tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, proses rakaman percakapan masih sedang berjalan ketika ini.

“Proses ini dilakukan selepas polis menerima sebanyak 77 laporan berhubung kenyataan dikeluarkan oleh Pua.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, iaitu kenyataan mendatangkan khianat awam, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam laporan tersebut, hari ini.

Semalam, Kumar dipetik berkata, JSJ akan memanggil pihak berkaitan dalam masa terdekat bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button