Polis siasat insiden Jalur Gemilang dipasang terbalik pada MPV
PONTIAN – Polis telah memulakan siasatan insiden Jalur Gemilang yang dirakam dipasang secara terbalik pada sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di hadapan sebuah premis.
Ketua Polis Daerah, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, kejadian berlaku di hadapan sebuah kedai perabot di tingkat bawah di Jalan Besar, Pekan Nanas, di sini.
“Pemilik kenderaan telah memberikan kerjasama penuh semasa siasatan awal dijalankan, dan kedudukan bendera tersebut telah diperbetulkan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau menambah bahawa tindakan mempamerkan Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan orang awam serta menyinggung sensitiviti nasional.
Kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Jika disabitkan kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 dan denda sehingga RM100 di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








