BERITA SEMASA

Polis siasat kes mat rempit bergaduh di Tangga Batu

MELAKA – Satu pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki dipercayai penunggang motosikal di hadapan sebuah masjid di Tangga Batu di sini tular di media sosial.

Kejadian pada pukul 4 pagi itu dipercayai membabitkan sekurang-kurangnya 20 individu yang bergaduh sesama sendiri.

Malah, ada di antara mereka menggunakan topi keledar sebagai senjata untuk menyerang.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit 21 saat itu, seorang lelaki dilihat dihentak dengan topi keledar beberapa kali sebelum rebah dan terbaring, dipercayai tidak sedarkan diri.

Difahamkan, pergaduhan tersebut tercetus antara dua kumpulan selepas salah seorang daripada mereka dituduh terbabit dalam kes kecurian motosikal.

Setakat ini, pihak polis mengesahkan kes berkenaan sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Melaka.

Maklumat lanjut mengenai kejadian itu masih dalam siasatan pihak berkuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button