Polis siasat penemuan jasad di Bangsar
KUALA LUMPUR – Polis sedang menyiasat penemuan satu jasad lelaki tanpa identiti yang ditemukan di sebuah tapak pembinaan di Bangsar, di sini kira-kira pukul 5 petang tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood, berkata pihaknya belum dapat mengesahkan jasad itu mempunyai kaitan dengan kehilangan seorang pelancong warga Britain, Jordan Johnson-Doyle, lapor BH Online.
“Belum dapat dipastikan sama ada jasad berkenaan adalah lelaki warga United Kingdom (UK) yang dilaporkan hilang baru-baru ini..
“Siasatan masih diteruskan dan anggota bomba sedang menjalankan kerja membawa keluar jasad terbabit,” katanya.
Sebelum ini, seorang pelancong warga Britain, Jordan Johnson-Doyle, 25, dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan Bangsar pada 27 Mei lalu.
Dia dipercayai mengunjungi bar di sekitar Bangsar dan tidak dapat dihubungi sejak itu.
Kehilangannya disedari keluarga dan rakan selepas telefon bimbitnya gagal dihubungi, manakala semua akaun media sosialnya juga tidak menunjukkan sebarang aktiviti.
Laporan polis berhubung kehilangan itu dikemukakan beberapa hari kemudian dan siasatan awal sedang dijalankan.
Polis kini menunggu hasil pengecaman dan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti sebenar mayat berkenaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |










