Polis tahan dua lelaki bantu siasatan penemuan jasad wanita dengan kesan kelar di leher
BUTTERWORTH – Polis menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan jasad seorang wanita dipercayai dibunuh di kediamannya di tingkat satu Flat Sri Murni, Sungai Dua, di sini semalam.
Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, kedua-dua suspek ditahan beberapa jam selepas kejadian tersebut.
BACA JUGA:
Ibu tunggal ditemukan maut dengan kesan kelar di leher
“Dua lelaki yang merupakan kenalan kepada mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Mereka akan dibawa ke Mahkamah Butterworth tengah hari ini untuk mendapatkan perintah reman,” katanya, hari ini.
Laporan media semalam menyebut, mangsa berusia 41 tahun ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil di sebuah bilik di rumah berkenaan dengan kesan kelar pada leher.
Difahamkan, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh jiran pukul 1.40 tengah hari selepas mangsa yang juga seorang ibu tunggal tidak memberi sebarang maklum balas walaupun pintu rumahnya didapati terbuka, manakala pagar jeriji berkunci.
Mangsa dikatakan mengambil upah menghantar beberapa pelajar yang tinggal di flat berkenaan ke sekolah dan menetap di rumah itu bersama anak lelakinya yang berusia 15 tahun.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











