Polis tahan empat individu disyaki terlibat kes pecah sekolah
KLUANG – Polis yakin dapat menyelesaikan sekuang-kurangnya enam kes pecah sekolah di sekitar daerah ini susulan penahanan empat individu, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, keempat-empat suspek termasuk seorang wanita berusia antara 19 hingga 23 tahun itu ditahan di dua lokasi berasingan selepas disyaki terbabit dalam kes pecah sekolah agama di Taman Kluang Barat di sini, bulan lalu.
Ketika itu, katanya, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 50-an pada 29 November lalu susulan pejabat sebuah sekolah agama dimasuki penjenayah.
Susulan kejadian, polis melancarkan gerakan dan akhirnya berjaya menahan keempat-empat suspek pada jam 1.15 tengah hari semalam.
“Ujian saringan air kencing terhadap keempat-empat suspek mendapati kesemua mereka bebas bahan terlarang.
“Tangkapan ini membolehkan polis menyelesaikan sekurang-kurangnya enam kes pecah rumah di Kluang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Bahrin menambah, suspek pertama direman tujuh hari manakala suspek kedua dan ketiga, dua hari dengan kesemua tempoh reman bermula hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
“Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222 (hotline) atau 07-7784256 dan 014-365682,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |










