Polis tahan isteri lelaki ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan
SUNGAI PETANI – Polis menahan isteri kepada seorang lelaki yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Bandar Puteri Jaya, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan, wanita berusia lingkungan 20-an itu ditahan di rumah sewa pasangan tersebut yang terletak berhampiran lokasi kejadian.
Pemeriksaan selepas serbuan ke atas rumah berkenaan turut menemukan sepucuk pistol.
“Wanita itu kini direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Julai bagi membantu siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda, hari ini.
Laporan media sebelum ini menyebut, seorang lelaki berusia 34 tahun yang mempunyai lebih 30 rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan jenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak polis pukul 7.50 malam, semalam.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, lelaki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dua lagi suspek yang turut ditembak mati dalam satu lagi kejadian berbalas tembakan berasingan di Jitra, Kedah, pada hari yang sama.
Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |










