POLITIKBERITA SEMASA

Polisi sijil halal Kelantan tidak selari dengan slogan ‘PAS Untuk Semua’

KOTA BHARU – Keputusan kerajaan negeri Kelantan mewajibkan pemilik premis makanan dan minuman mendapatkan sijil halal bagi memperbaharui lesen perniagaan mencetuskan persoalan terhadap kesesuaian slogan “PAS Untuk Semua” yang sering digunakan parti itu.

Langkah itu diumumkan hanya dua hari selepas PAS mengucapkan selamat Hari Krismas kepada masyarakat Kristian di Malaysia, satu tindakan yang dilihat meraikan kepelbagaian budaya.

Namun, pengumuman tersebut didakwa bercanggah dengan semangat inklusiviti dan dikritik kerana memberi kesan negatif kepada perniagaan bukan Islam, terutamanya yang menawarkan makanan tradisional seperti Bak Kut Teh, Char Siu dan Siu Yuk.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Teo Nie Ching, dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Syahredzan Johan, menyifatkan dasar itu sebagai satu bentuk diskriminasi yang tidak menghormati hak komuniti bukan Islam.

“Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dahulu sentiasa memastikan hak komuniti bukan Islam dihormati, termasuk dalam aktiviti penternakan dan penjualan babi di Kelantan.

“Namun, pendekatan yang diambil kerajaan negeri hari ini bertentangan dengan semangat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kedua-dua pemimpin itu turut menegaskan bahawa dasar baharu itu bertentangan dengan keputusan Kabinet Kerajaan Madani yang dibuat pada September lalu.

Kabinet ketika itu memutuskan untuk mengekalkan dasar sedia ada sejak 1974, yang tidak mewajibkan sijil halal tetapi menggalakkan pengusaha mendapatkan sijil tersebut melalui pelbagai insentif.

“Langkah itu bukan sahaja membebankan pengusaha kecil dan sederhana, tetapi turut memberi kesan kepada pengusaha Muslim yang selama ini sudah menyediakan makanan halal walaupun tanpa sijil rasmi,” ujar mereka.

Menurut mereka, sijil halal seharusnya menjadi pilihan, bukan paksaan memandangkan ia melibatkan kos tambahan yang boleh menjejaskan perniagaan kecil dan sederhana.

“Kerajaan PAS Kelantan perlu belajar daripada pendekatan Kerajaan Madani yang lebih menghormati hak pengusaha dan pengguna,” katanya lagi.

Teo dan Syahredzan turut mempersoalkan relevansi slogan “PAS Untuk Semua” jika dasar seperti itu diteruskan.

“Jika dasar itu tidak dihentikan, slogan tersebut hanyalah sekadar retorik politik tanpa tindakan yang mencerminkan maknanya,” tegas mereka.

Kenyataan bersama itu turut mengesa agar kerajaan negeri Kelantan mengkaji semula dasar tersebut bagi memastikan ia tidak membebankan pengusaha selain mengekalkan semangat perpaduan dan kepelbagaian budaya di Malaysia.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button