BERITA SEMASA

PRK Ayer Kuning : Kemenangan BN bukti kematangan pengundi

KUALA LUMPUR – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning semalam bukti kematangan pengundi dalam membuat pilihan.

Foto yang dimuat naik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di dalam satu hantaran Facebook.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, kemenangan itu juga menunjukkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning tidak termakan dengan hasutan politik berasaskan kaum.

“Tahniah dan syabas kepada pengundi Ayer Kuning.

“Ia cerminan kematangan rakyat yang menyokong politik kerjasama pelbagai kaum, bukan semata-mata satu kaum sahaja,” katanya.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran yang dimuatnaik di Facebook rasmi beliau.

Tambahnya lagi, sokongan rakyat terhadap politik menjadi asas penting kepada kestabilan dan keharmonian negara Malaysia yang majmuk.

Dalam PRK semalam, calon BN, Dr. Mohamad Yusri Bakir memenangi PRK Ayer Kuning dengan memperoleh 11.065 undi; manakala calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek (6,159) dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS memperoleh 1,059 undi.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button