POLITIK

PRN Johor 2026: BERSAMA umum bertanding di 15 kerusi DUN

KUALA LUMPUR – Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) akan mempertaruhkan calon di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Dalam satu kenyataan bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad memaklumkan bahawa senarai calon parti akan diumumkan pada Jumaat ini, serentak dengan acara pelancaran trak Kancil.

Pemilihan kerusi tersebut dibuat berdasarkan data dan kaji selidik mengenai kecenderungan pengundi yang telah dikumpul sejak enam bulan lalu.

“Sambutan terhadap BERSAMA setakat ini, berdasarkan keahlian mengikut unit parlimen dan kecenderungan ahli-ahli di kawasan terbabit.

“Kesesuaian calon-calon dari kalangan perintis BERSAMA di Johor dan calon-calon terbuka yang menawarkan diri untuk bertanding di kerusi kerusi tersebut.

“Kemampuan BERSAMA mengendalikan kempen pilihanraya secara berkesan di kerusi-kerusi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, sistem kempen bersepadu BERSAMA akan dilancarkan esok, membolehkan ahli parti serta orang awam di seluruh negara memilih aktiviti kempen pilihan raya yang ingin disertai berdasarkan kesesuaian lokasi, masa dan tarikh.

“BERSAMA berhasrat untuk merintis kempen pilihanraya moden yang tidak memerlukan perbelanjaan pilihanraya yang besar dengan mengaktifkan seberapa ramai ahlinya dan orang ramai dari seluruh Malaysia membantu kempen BERSAMA di 15 kerusi ini secara sukarela.

“Bagi BERSAMA, PRN Johor 2026 bukan sahaja medan berebut kerusi dan pangkat untuk orang-orang politik.

“Ia peluang untuk merintis budaya politik yang lebih berfokus kepada penyelesaian masalah rakyat dan masa depan negara dan rakyat,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button