BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Produk kosmterik JL Fara Seaweed mengandungi merkuri, diarah henti jualan

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan pemberhentian jualan produk kosmetik JL Fara Seaweed kerana dikesan mengandungi racun berjadual iaitu sejenis merkuri yang tidak dibenarkan.

Makluman mengenai pembatalan notifikasi produk tersebut dikongsikan di laman Facebook KKM hari ini.

“Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

“Susulan itu, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” katanya.

Kenyataan media dikeluarkan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM mengenai produk JLFara Seaweed.

Menurut KKM, penggunaan merkusi dalam produk kosmetik yang diserap masuk ke dalam badan boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.

Selain itu ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak atau yang belum dilahirkan, menyebabkan ruam dan iritasi pada kulit.

Sehubungan itu, KKM mengingatkan individu yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan denda maksimum RM25,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.

Katanya, syarikat yang melanggar peraturan itu pula boleh didenda hingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan hingga RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.

Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik itu dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button