BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Restoran terbakar, lima premis lain turut terjejas

JOHOR BAHRU –  Sekumpulan pelanggan dan pekerja sebuah restoran di Jalan Persisiran Perling 1, Taman Perling di sini berdepan detik cemas apabila premis berkenaan terbakar ketika sedang beroperasi semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, semua individu yang berada di dalam restoran itu berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan dilaporkan.

Menurutnya, kebakaran tersebut memusnahkan kira-kira 95 peratus struktur bangunan restoran berkenaan dan turut menjejaskan lima premis perniagaan berhampiran, termasuk sebuah pejabat guaman yang mengalami kerosakan sekitar 30 peratus.

“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 11.35 pagi sebelum menggerakkan tiga jentera dengan kekuatan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Larkin serta Kempas ke lokasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam satu video yang tular di media sosial, seorang wanita jatuh dari ketinggian kira-kira 2 meter ketika cuba diselamatkan orang ramai menggunakan tangga aluminium.

Tambah beliau, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 12.12 tengah hari manakala operasi pemadaman ditamatkan pada pukul 1.42 tengah hari.

Punca kebakaran serta anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button