Perunding hartanah rugi lebih RM600,000 terpedaya pelaburan WhatsApp
KUANTAN – Seorang perunding hartanah mengalami kerugian lebih RM600,000 akibat terpedaya dengan pelaburan yang kononnya menawarkan keuntungan sehingga 50 peratus.
Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mangsa yang merupakan lelaki berusia 71 tahun itu tertarik menyertai pelaburan pada 16 Oktober tahun lalu, selepas ditawarkan pelaburan di WhatsApp yang menjanjikan keuntungan lumayan.
Susulan itu, katanya, mangsa kemudian ditawarkan menyertai pelaburan dan diminta memuat turun pautan diberi.
“Antara 27 Oktober hingga 27 Disember tahun lalu, mangsa membuat 16 transaksi kepada empat akaun berbeza membabitkan jumlah keseluruhan RM622,161.
“Mangsa ada menerima pulangan awal berjumlah RM140,889 tetapi dilaburkan semula atas arahan suspek.
“Dia menyedari ditipu selepas suspek meminta menambah modal pelaburan berjumlah RM1 juta, kononnya bagi membolehkan semua keuntungan dikeluarkan.
“Siasatan mendapati sumber kewangan mangsa adalah daripada wang simpanan peribadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca juga : Duit pencen RM648,520 lesap ditipu ‘scammer’
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |











