LUAR NEGARA

Rumah Putih sangkal dakwaan AS cadang gunakan senjata nuklear ke atas Iran

WASHINGTON – Rumah Putih sebentar tadi menafikan kenyataan dibuat Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), JD Vance mengenai kemungkinaan penggunaan senjata nuklear terhadap Iran, kata AFP.

Selepas Vance berkata bahawa tentera AS mempunyai alat yang “setakat ini belum diputuskan untuk digunakan” bagi menguatkuasakan ultimatum dramatik daripada Presiden Donald Trump, Rumah Putih menyatakan di platform X: “Secara literal, tiada apa yang @VP katakan di sini ‘membayangkan’ perkara ini, kamu semua benar-benar dungu.”

BACA JUGA:
Trump ancam guna bom nuklear ke atas Iran?

Kenyataan itu dibuat sebagai tindakbalas terhadap satu hantaran daripada akaun yang dikaitkan dengan bekas naib presiden, Kamala Harris yang mendakwa Vance memberi bayangan bahawa Trump “mungkin menggunakan senjata nuklear.”

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button