BERITA SEMASA

Saksi dakwa nampak Balisong di Kuala Lumpur

SEPANG – Polis percaya remaja British, David Balisong masih berada dalam negara berdasarkan laporan saksi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, maklumat diperoleh daripada orang awam yang mendakwa melihat individu menyerupai Balisong di beberapa lokasi berbeza di Kuala Lumpur.

BACA JUGA:
Remaja Britain hilang selepas rahsiakan penerbangan ke Malaysia
Remaja Britain hilang disyaki masih berada di Malaysia – Polis
Balisong hantar mesej kepada keluarga tidak mahu ditemui

“Berdasarkan maklumat yang diterima, pasukan siasatan kami telah pergi ke lokasi yang dimaksudkan, namun tidak berjaya menemuinya.

“Namun, ketika kami menemu bual mereka yang memberi maklumat itu, mereka mengesahkan individu yang dilihat mempunyai rupa paras seperti Balisong,” katanya.

Shazeli berkata polis masih menjalankan operasi lapangan secara aktif bagi mengesan pergerakan remaja itu dan mengesahkan lokasinya.

Pada 6 Jun lalu, Balisong dilaporkan menaiki penerbangan dari United Kingdom ke Malaysia dan tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 pada jam 8.29 pagi, 7 Jun sebelum menghilangkan diri.

Kali terakhir dia menghubungi ibunya, yang membuat laporan kehilangannya adalah melalui e-mel pada 9 Julai lalu.

Dia dipercayai masih berada di negara ini, namun lokasi sebenar masih tidak diketahui.

Motif kedatangannya ke Malaysia masih belum jelas dan pihak polis tidak menolak sebarang kemungkinan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button