Salah kecam UEFA tidak sebut punca kematian legenda bola sepak Palestin dalam ‘Tribute’
ENGLAND – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah mengkritik badan induk bola sepak Eropah, UEFA berhubung penghormatan yang diberikan kepada bekas pemain kebangsaan Palestin, Suleiman Al-Obeid atau lebih dikenali sebagai ‘Pele Palestin’ tanpa menyatakan punca sebenar kematiannya.
Menurut Persatuan Bola Sepak Palestin, Al-Obeid, 41, terkorban akibat serangan Israel ke atas orang awam yang sedang menunggu bantuan kemanusiaan di selatan Semenanjung Gaza pada Rabu lalu.
Dalam hantaran ringkas di platform media sosial X, UEFA menggambarkan Al-Obeid sebagai ‘bakat yang memberi harapan kepada ribuan kanak-kanak, walaupun di saat-saat paling gelap’.

Namun, tiada sebarang rujukan dibuat terhadap keadaan sebenar yang meragut nyawa pemain tersebut.
Salah membalas hantaran itu dengan sindiran pedas:
“Boleh tak anda beritahu kami bagaimana dia mati, di mana dan kenapa?”
UEFA setakat ini belum memberikan sebarang komen apabila dihubungi agensi berita Rueters.
Bintang Mesir berusia 33 tahun itu sebelum ini pernah bersuara lantang menyokong kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza sepanjang perang yang telah berlarutan hampir dua tahun.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, lebih 1,000 orang terbunuh berhampiran lokasi pengagihan bantuan dan konvoi bantuan di Gaza sejak pelancaran Global Humanitarian Framework (GHF) iaitu sistem pengagihan bantuan yang disokong Amerika Syarikat dan Israel, pada akhir Mei lalu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












