BERITA SEMASA

‘Selama 16 tahun saya melihat kebaikannya’ – Zizie Ezette

CYBERJAYA – Keadaan kesihatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, terus mendapat perhatian apabila isterinya, Zizie Ezette, memuat naik hantaran yang menyentuh hati di media sosial.

Dalam hantaran tersebut, Zizie meluahkan betapa beliau telah melihat sendiri kebaikan dan sifat pemurah suaminya sepanjang 16 tahun mereka hidup bersama.

Tangkap layar instastory dimuat naik Zizie EZette, hari ini.

Hantaran tersebut turut memohon orang ramai mendoakan kesembuhan suaminya yang kini dilaporkan menerima rawatan di hospital.

“Mereka mungkin tidak tahu hatinya, tetapi saya tahu. Selama 16 tahun saya melihat kebaikannya, kemurahan hatinya dan kasih sayangnya terhadap orang lain. Mohon semua doakan beliau,” tulisnya.

Hantaran itu disertakan gambar saat mesra keluarga yang meraih perhatian ramai pengguna media sosial.

Laporan sebelum ini menyebut, Bung Moktar sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button