BERITA SEMASA

‘Alhamdulillah, keadaan Pak Su semakin baik’ – Imam Muda Ashraf

CYBERJAYA – Keadaan pelawak, pelakon dan pengacara, Shamsul Ghau Ghau kini semakin stabil dan baik susulan pembedahan bagi membuang darah beku di bahagian otak kirinya.

Perkhabaran itu dikongsikan Imam Muda Ashraf yang menziarahi Shamsul yang turut dikenali dengan nama jolokan ‘Pak Su’ bersama Pencetus Ummah (PU) Amin, sejurus menjalani pembedahan tersebut.

“Dengan izin keluarga, tengah malam tadi seusai pembedahan, kami diberi ruang menziarahi beliau.

“Alhamdulillah, keadaan Pak Su menunjukkan perkembangan yang semakin baik, insya Allah,” kongsi Ashraf di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Beliau kemudiannya turut memohon orang ramai supaya bersama-sama mendoakan kesembuhan Pak Su.

Terdahulu, Shamsul dimasukkan ke hospital akibat mengalami pendarahan beku di otaknya, dipercayai akibat serangan stroke.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button