LUAR NEGARA

Siasatan awal dapati ‘kesilapan maklumat sasaran’ jadi punca sekolah dibom

LONDON – Siasatan awal tentera Amerika Syarikat (AS) terhadap insiden pengeboman ke atas Sekolah Rendah Shajarah Tayyebeh di Minab, Iran yang mengorbankan ratusan kanak-kanak 28 Februari lalu, adalah disebabkan “kesilapan maklumat sasaran” oleh perancang ketenteraan AS.

The Guardian yang memetik laporan NY Times berkata, pengeboman itu dilaksanakan menggunakan peluru berpandu Tomahawk.

Penemuan itu dilihat mengesahkan dakwaan Tehran, yang sebelum ini mengeluarkan rakaman video serangan peluru berpandu AS serta serpihan komponen buatan Amerika.

Bagaimanapun, dakwaan itu ditentang Presiden AS, Donald Trump yang turut menuduh Iran sendiri yang telah menyerang bangunan berkenaan.

“Pada pendapat saya, berdasarkan apa yang saya lihat, itu dilakukan oleh Iran… senjata mereka tidak mempunyai ketepatan (seperti yang kita miliki). Ia dilakukan oleh Iran,” katanya tanpa mengemukakan sebarang bukti.

Namun dakwaan tersebut tidak diulang oleh jurucakap tentera AS, yang hanya menyatakan bahawa mereka sedang “menyiasat” kejadian pengeboman itu.

Menurut laporan yang masih belum siapkan sepenuhnya itu, pegawai tentera di Markas Pemerintahan Tengah (CENTCOM) menghasilkan koordinat sasaran menggunakan data lapuk yang diberikan oleh Agensi Perisikan Pertahanan (DIA).

Sementara itu, pakar persenjataan turut mengenal pasti peluru berpandu dalam video itu sebagai peluru berpandu Tomahawk.

“Melihat kepada pihak yang terlibat dalam konflik ini, imej yang dirakam jelas menunjukkan ia adalah serangan AS kerana Israel tidak diketahui memiliki peluru berpandu Tomahawk,” kata pengarah Armament Research Services, N. R. Jenzen‑Jones.

Beliau menambah, objek berkenaan bukan peluru berpandu Soumar milik Iran, kerana Soumar mempunyai enjin luar yang tersendiri di bahagian belakang bawah peluru berpandu itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button