JENAYAH & MAHKAMAH

Siasatan penyelewengan dana sukuk: Laluan masuk kediaman Tan Sri dikawal ketat

KUALA LUMPUR – Laluan masuk ke kediaman seorang Tan Sri di Bandar Tasik Selatan di sini yang dikaitkan dengan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya dikawal dengan ketat.

Laporan media menyebut, kawalan tersebut berikutan kehadiran pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke kediaman tersebut bagi merekodkan keterangan individu berkenaan.

Proses tersebut dilakukan di kediamannya setelah dia dilaporkan keluar dari hospital.

Sementara itu, satu sumber menyebut SPRM turut menyerbu satu lagi kediaman milik Tan Sri berkenaan di Melaka.

Bagaimanapun, tiada sebarang sitaan atau rampasan dilakukan terhadap premis berkenaan.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan sebagai berkata, pemegang konsesi lebuh raya berkenaan merupakan saksi utama dalam siasatan kes terbabit.

Pada 3 Jun lalu, SPRM menyenaraikan sitaan harta berjumlah kira-kira RM143 juta yang dirampas dalam siasatan penyelewengan dana sukuk untuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang, membabitkan seorang kenamaan bergelar Tan Sri.

Pasukan siasatan SPRM juga sedang mengesan kenderaan mewah dan hartanah milik Tan Sri terbabit di dalam serta luar negara, termasuk di London dan Switzerland.

Jumlah terkini sitaan membabitkan 14 akaun individu berjumlah RM4.5 juta, lapan akaun syarikat berjumlah RM33 juta, kondominium mewah dan sebidang tanah bernilai RM24.5 juta, sembilan unit kereta berjumlah RM7.65 juta.

Turut disita adalah jam tangan mewah bernilai kira-kira RM25 juta, tas tangan bernilai RM3 juta, barang kemas serta berlian (RM6 juta) dan empat ekor kuda bernilai RM400,000 selain minuman beralkohol bernilai RM3 juta, aset luar negara yang dinilai lebih daripada RM15 juta serta aktiviti perjudian dianggarkan kira-kira RM20 juta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button