BERITA SEMASA

Siasatan suami isteri pempengaruh salah guna dana derma awam di peringkat akhir – Azam Baki

KUALA LUMPUR – Siasatan membabitkan suami isteri pempengaruh dan dua lagi individu bagi kes penyelewengan dana derma awam berjumlah RM3 juta sudah di peringkat akhir.

Menurut Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, kertas siasatan kes tersebut sudah diperingkat akhir dan hampir dilengkapkan.

“Kertas siasatan sudah hampir selesai dan jika tidak silap saya… pegawai penyiasat sudah merujuknya kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk kaji kes berkenaan,” katanya.

Azam Baki berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Inisiatif Pencegahan Rasuah Melalui Pemerkasaan Amalan Perakaunan dan Pengauditan, di sini hari ini.

Laporan media sebelum ini menyebut, suami isteri pempengaruh tersebut ditahan reman bagi siasatan kes penyelewengan dana derma awam, dan disyaki sudah melakukan perbuatan itu sejak 2020.

Turut ditahan, dua individu dipercayai pengarah syarikat berkaitan kutipan derma.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button