Situasi Timur Tengah: Batik Air pantau rapat, penerbangan mungkin terjejas
KUALA LUMPUR – Batik Air sedang memantau secara rapi perkembangan situasi di Timur Tengah yang berpotensi memberi kesan terhadap ruang udara serta operasi penerbangan ke rantau berkenaan.
Syarikat penerbangan itu berkata, penilaian sedang dilakukan berhubung implikasi terhadap jadual penerbangan susulan keadaan yang berkembang pantas.
Menurutnya, keselamatan dan kebajikan penumpang serta kru kekal menjadi keutamaan tertinggi dalam setiap keputusan operasi yang dibuat.
“Batik Air bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan, pengawal selia penerbangan awam serta pihak berkepentingan berkaitan bagi memastikan semua keputusan mematuhi piawaian keselamatan tertinggi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, penerbangan yang dijadualkan ke destinasi di rantau terbabit berkemungkinan mengalami perubahan termasuk penjadualan semula atau pembatalan tertakluk kepada situasi semasa.
Jelas kenyataan itu, penumpang yang terlibat akan dimaklumkan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan, selain maklumat terkini akan dikemas kini di laman web rasmi syarikat.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan masing-masing secara berkala dan memperuntukkan masa tambahan bagi urusan perjalanan.
Batik Air berkata, pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dan menyalurkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa apabila maklumat baharu diperoleh.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












