“Soal bercerai berai bukan masalah saya” – PM
PETALING JAYA – “Soal mereka bercerai-berai, itu bukanlah masalah saya,” demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika diminta mengulas mengenai cadangan sesetengah pihak supaya Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula.
Bahkan kata beliau, perkara tersebut tidak ada kena mengena dengan Kerajaan Perpaduan yang masih utuh mentadbir negara.
“Itu masalah mereka, tak campur. Gesaan (kembalikan MN) itu belum serius. Saya belum dapat maklumat lagi.
“Itu keputusan masing-masing. Yang penting Kerajaan Perpaduan masih utuh,” katanya kepada pemberita selepas solat Jumaat di Masjid Jumhuriah di sini, hari ini.
Beberapa pihak termasuk dari PAS dan UMNO sebelum ini mencadangkan penubuhan semula gabungan MN susulan kemelut yang berlaku dalam PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












