BERITA SEMASA

SPRM Sabah tahan 6 individu termasuk pegawai awam melibatkan kes tuntutan palsu berjumlah RM1.3 juta

KOTA KINABALU – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan empat pegawai awam sebuah badan berkanun Persekutuan serta dua pekerja syarikat agensi pelancongan malam tadi, melibatkan kes tuntutan palsu pembelian tiket penerbangan bernilai hampir RM1.3 juta.

Menurut sumber, tuntutan berkenaan dipercayai menggunakan butiran penerbangan yang dipalsukan manakala tiket sebenar tidak disediakan syarikat itu kepada penjawat awam di jabatan terbabit.

“Enam suspek membabitkan dua lelaki dan empat wanita berusia antara 30 hingga 50 tahun itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam ketika hadir di Pejabat SPRM Sabah untuk memberikan keterangan,” katanya memetik laporan Buletin TV3.

Dalam pada itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah mengesahkan penahanan tersebut.

Menurutnya, perintah reman akan dimohon di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

“Beberapa siri tangkapan juga dijangka dibuat berdasarkan perkembangan siasatan kes itu nanti,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button