Telco diminta tambah kapasiti rangkaian, bekalan kuasa sokongan bagi hadapi Monsun Timur Laut
LAHAD DATU – Semua penyedia perkhidmatan komunikasi (telco) diminta menambah kapasiti rangkaian serta menyediakan bekalan kuasa sokongan, termasuk genset dan sistem hibrid solar bagi menghadapi Monsun Timur Laut.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata demikian ketika mengadakan tinjauan dan pengujian kualiti liputan komunikasi di Kampung Sepagaya, di sini hari ini.
“Ujian dilaksanakan bersama CelcomDigi, Maxis, U Mobile, TM Tech dan YTL menggunakan aplikasi MCMC NEXUS menunjukkan menara komunikasi di kawasan tersebut mampu mencapai kelajuan hingga 300Mbps bagi rangkaian 5G dan 80Mbps bagi 4G, sekali gus memanfaatkan kira-kira 3,800 penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyatan, hari ini.
Hadir sama dalam tinjauan tersebut, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Seri Mohamad Fauzi Md Isa dan Pengarah Urusan MCMC, Abdul Karim Fakir Ali.
Beliau kemudian menambah, selain usaha memperkukuh kualiti liputan, dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) berdekatan iaitu NADI Kampung Sepagaya dan NADI Layung Industrial turut disediakan untuk kegunaan komuniti.
“Ini selaras dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk meningkatkan ketercapaian digital, memacu pembangunan sosioekonomi serta memperkukuh agenda pendigitalan negara,” katanya lagi.
Setakat 31 Julai 2025, jelas beliau, liputan Internet di kawasan berpenduduk di Sabah telah mencapai 95.30 peratus, peningkatan ketara berbanding 73.41 peratus sebelum pelaksanaan projek Jalinan Digital Negara (JENDELA).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












