Tiada ruang kemaafan buat Jho Low – Fahmi Fadzil
KUALA LUMPUR – Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Datuk Fahmi Fadzil menegaskan pendirian tegas kerajaan berhubung isu ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low, yang dilaporkan memohon pengampunan.
Beliau menyatakan bahawa tiada sebarang ruang kemaafan atau pertimbangan pengampunan (clemency) harus diberikan kepada individu berkenaan memandangkan kesan kemusnahan besar yang telah dilakukan terhadap negara.
“Saya senada dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Ghani, bahawa Jho Low tidak patut dimaafkan. Tidak patut diberi sebarang pertimbangan memaafkan kerana dosa dan musibah yang dia telah bawa kepada negara kita ini terlalu besar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kawasan Parlimen Lembah Pantai, hari ini.
Tegasnya, Jho Low tidak sepatutnya terlepas daripada tindakan undang-undang dan perlu dibawa pulang ke tanah air dengan segera untuk diadili di mahkamah bagi mempertanggungjawabkan segala tindakannya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












