JENAYAH & MAHKAMAH

Tiga lelaki maut, wanita cedera parah nahas libat lori simen di Gombak

GOMBAK – Tiga lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori simen di Kilometer 34 Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur berhampiran Kampung Sungai Chinchin, awal pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, semua mangsa dipercayai tersepit selepas kereta jenis Volkswagen yang dinaiki mereka melanggar bahagian belakang lori simen terbabit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada pukul 2.07 pagi.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang tiba di lokasi pada pukul 2.35 pagi bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta Volkswagen yang melanggar bahagian belakang lori simen.

“Terdapat empat mangsa tersepit di dalam kenderaan tersebut. Seorang wanita berusia 27 tahun mengalami kecederaan parah di kepala serta patah kaki kiri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiga lagi mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button