Tiga pelajar, pemandu wanita tersepit van sekolah kemalangan dengan treler
JOHOR BAHRU – Tiga pelajar cedera manakala seorang pemandu wanita tersepit setelah van sekolah dinaiki mereka terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, berhampiran
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Muhamad Azizi Zakaria pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 1.10 tengah hari tadi.
“Sebaik menerima panggilan, sepasukan anggota dari BBP Tebrau dan BBP Kempas dihantar ke lokasi kejadian.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan iaitu van sekolah dan treler membawa muatan simen,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.
Dia memberitahu, van tersebut membawa 22 murid dengan pemandu wanita berusia 45 tahun didapati tersepit di bahagian pemandu dan mengalami kecederaan, manakala pemandu treler berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Tiga murid turut mengalami kecederaan ringan, masing-masing membabitkan seorang kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan, manakala 19 pelajar lain tidak cedera,” katanya lagi.
Tambahnya, anggota bomba mengambil masa setengah jam mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan pemandu wanita itu serta tiga lagi kanak-kanak lelaki yang cedera kepada pasukan ambulans untuk tindakan lanjut.
“Semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












