BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Tiga rakyat malaysia ditahan di Loas, cuba seludup 86 kilogram ganja

KUALA LUMPUR – Tiga rakyat Malaysia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Laos selepas cuba menyeludup lebih 100 bungkusan ganja seberat kira-kira 86 kilogram pada 27 Mei lalu.

Menurut laporan media antarabangsa, tangkapan dibuat selepas pegawai kastam, pasukan keselamatan lapangan terbang dan beberapa agensi lain mengesyaki sesuatu mencurigakan terhadap tiga pelancong terbabit ketika menjalani pemeriksaan rutin.

“Pihak berkuasa Laos merampas lebih 100 bungkusan ganja di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 27 Mei dan menahan tiga rakyat Malaysia yang disyaki cuba menyeludup dadah itu ke Jerman,” menurut laporan berkenaan.

Hasil pemeriksaan terhadap enam beg pakaian milik suspek menemui 103 bungkusan ganja yang disembunyikan dalam bagasi terbabit dengan anggaran berat keseluruhan kira-kira 86 kilogram.

Difahamkan, ketiga-tiga lelaki tersebut dijadual menaiki penerbangan Thai Airways menuju ke Jerman dan ganja berkenaan dipercayai untuk diedarkan di negara berkenaan.

Semua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut dan bakal didakwa mengikut peruntukan undang-undang Laos.

Siasatan terhadap kes tersebut masih diteruskan.

Dalam perkembangan berkaitan, media turut melaporkan bahawa salah seorang daripada tiga rakyat Malaysia yang ditahan itu dipercayai penyanyi rap dari negara ini, namun identitinya belum disahkan oleh pihak berkuasa.

Rampasan tersebut merupakan antara beberapa cubaan penyeludupan dadah yang berjaya dipatahkan di lapangan terbang sama sepanjang minggu lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button