BERITA SEMASALUAR NEGARA

Trump tidak setuju pendirian Pope Leo mengenai Iran

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengkritik keras Pope Leo XIV berhubung pendiriannya terhadap konflik Iran, dengan menyifatkan pemimpin Gereja Katolik itu sebagai ‘lemah’ dan ‘teruk untuk dasar luar’.

Trump berkata, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pope yang menentang penggunaan kekerasan serta retorik ancaman terhadap Iran, memetik daripada CNN.

“Saya bukan peminat Pope Leo. Kami tidak mahu seorang Pope yang beranggapan tidak mengapa sesebuah negara memiliki senjata nuklear,” katanya kepada pemberita.

Pope Leo sebelum ini menegaskan bahawa ajaran Jesus menolak peperangan dan tidak boleh digunakan untuk menghalalkan konflik, di samping mengkritik ancaman yang boleh membawa kemusnahan besar terhadap sesebuah negara.

Kenyataan itu dibuat susulan ketegangan melibatkan Amerika Syarikat dan Iran, termasuk ancaman Trump sebelum gencatan senjata dicapai, serta sokongan beberapa pegawai kanan AS yang menggunakan naratif agama dalam konflik berkenaan.

Trump turut mengulangi kritikannya menerusi platform Truth Social, selain mempersoalkan pendirian Pope terhadap isu antarabangsa termasuk situasi di Venezuela.

Sementara itu, pegawai Vatican menyifatkan kritikan tersebut sebagai serangan terhadap ‘suara moral’, manakala penganalisis berpendapat ia mencerminkan tekanan politik yang dihadapi Trump dalam isu antarabangsa semasa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button