BERITA SEMASAKEMENTERIAN PERTAHANAN

TUDM: Ujian pesawat tanpa pemandu ANKA-THS perkukuh keupayaan pertahanan udara negara

LABUAN – Keupayaan pertahanan udara negara terus diperkukuh apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) berjaya melaksanakan ujian penerbangan sulung pesawat tanpa pemandu ANKA-THS di Pangkalan Udara Labuan, petang semalam.

Menurut TUDM, ujian penerbangan selama tiga jam itu merupakan fasa penting sebagai persediaan sebelum penyerahan rasmi aset baharu berkenaan kepada pasukan berkenaan.

“Pesawat ANKA-THS yang dibangunkan oleh Turkish Aerospace Industries (TAI) ini bakal memperkukuh keupayaan Intelligence, Surveillance, Target Acquisition and Reconnaissance (ISTAR) TUDM.

“Ia dikhususkan bagi pemantauan strategik di Wilayah Timur serta kawasan kepentingan negara termasuk di Laut China Selatan,” kata TUDM dalam kenyataan.

Kejayaan penerbangan sulung itu adalah hasil koordinasi pelbagai pihak termasuk Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU), Markas Wilayah Udara 2 (MAWILUD 2) serta kerjasama agensi luar seperti CAAM, BGSP, SKMM dan MET Malaysia.

Dari aspek teknikal, pesawat tersebut mampu beroperasi melebihi 20 jam selain berkeupayaan melaksanakan pemantauan tepat dalam pelbagai keadaan cuaca sama ada siang atau malam.

Perolehan aset berkenaan merupakan sebahagian daripada Fasa 1 Pelan Perolehan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

TUDM turut memaklumkan kehadiran pesawat itu akan meningkatkan kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam operasi pengawasan maritim serta pengumpulan maklumat perisikan demi memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button