UAE beli senjata buatan firma Israel?
DUBAI – Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) didakwa secara rahsia menandatangani perolehan senjata daripada firma Israel, Elbit Systems bernilai AS$2.3 bilion (RM4 bilion).
Laporan The New Arab yang memetik Intelligence Online dari Perancis menyatakan, perjanjian tersebut diumumkan bulan lalu oleh Elbit Systems, namun identiti pembeli tidak didedahkan kepada umum.
Laporan itu menyebut, pembelian tersebut melibatkan versi canggih sistem perlindungan pesawat J-Music keluaran firma pertahanan itu.
Sistem itu dipercayai menggunakan teknologi laser canggih untuk melumpuhkan penderia peluru berpandu darat ke udara yang dilancarkan ke arah pesawat.
Ia akan dihasilkan di dalam UAE sebagai sebahagian daripada projek bersama yang mendapat kelulusan kerajaan Israel.
Perjanjian itu akan dilaksanakan dalam tempoh lapan tahun dan dianggap sebagai perjanjian senjata kedua terbesar dalam sejarah Israel.
Bagaimanapun, banyak butiran perjanjian tersebut masih dirahsiakan susulan sensitiviti teknologi pertahanan tersebut.
Elbit Systems yang memiliki kemudahan pembuatan di United Kingdom dan Eropah, kerap menjadi sasaran protes aktivis pro-Palestin.
Syarikat itu membina antara peralatan ketenteraan paling canggih Israel, termasuk sistem tanpa pemandu dan sensor udara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












