POLITIK

UMNO, BN tidak berhasrat ambil kesempatan kemelut parti lain

PONTIAN – UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak berhasrat mengambil kesempatan terhadap permasalahan atau krisis yang dihadapi parti lain.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan berkata, UMNO dan BN sebaliknya akan terus diperkukuh dengan kekuatan sedia ada.

“Kita tidak mahu mengambil kesempatan daripada kemelut parti lain. Biarlah UMNO dan BN ini kuat atas kekuatan sendiri, bukan disebabkan apa yang berlaku kepada parti lawan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kemelut dalaman yang melanda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), baru-baru ini..

Ahmad berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Pontian yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini, hari ini.

Beliau seterusnya berkata, sebarang keputusan untuk membenarkan mana-mana pemimpin politik lain menyertai UMNO sekiranya mereka membuat permohonan, hanya akan ditentukan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

Katanya, permohonan berkenaan akan diteliti berdasarkan tiga prinsip utama iaitu Rumah Bangsa, Musyawarah Nasional dan Kolaborasi Agung.

“Pada saya, dalam situasi sekarang kita hendaklah berjiwa besar. Jika mereka (pemimpin politik) ingin bersama, keputusan akan dibuat oleh MKT.

“Kebiasaannya MKT yang akan memutuskan sekiranya ada permohonan untuk menyertai UMNO,” katanya

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button