POLITIK

UMNO disaran beri KJ peranan sebagai Ketua Penerangan

SHAH ALAM – UMNO digesa mempertimbangkan bekas Ketua Pemuda parti itu, Khairy Jamaluddin untuk memegang jawatan Ketua Penerangan atau portfolio setara bagi memperkukuh komunikasi parti dengan ahli dan rakyat.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Damansara, Amin Shukor berkata, profil Khairy yang kukuh boleh dimanfaatkan sekiranya diselia dengan tepat, terutamanya untuk menyampaikan naratif hala tuju UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan jelas kepada masyarakat.

Menurut beliau, peranan ‘penyampai’ yang efektif amat diperlukan ketika ini agar segala usaha dan gerak kerja positif parti dapat disebarkan dengan pantas, tanpa terperangkap dengan politik 10 hingga 15 tahun lalu.

“Apa juga keadaan perlu segera jelas dan diperjelaskan kerana sumber maklumat sudah di hujung jari.

“Segala usaha baik yang sedang dijalankan pasukan UMNO BN di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi perlu disampaikan dengan cepat untuk manfaat ahli, rakyat dan pengundi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menekankan bahawa naratif parti perlu lebih jelas dalam mendepani cabaran politik semasa.

“Rakyat tetap perlu sentiasa menjadi keutamaan dalam kesemua usaha dan gerak kerja,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button