SUKAN

Van Dijk tolak pakai armband LGBT, jadi tumpuan penyokong Liverpool

LONDON – Kapten Liverpool, Virgil van Dijk, mencetuskan kontroversi selepas dilaporkan enggan memakai armband pelangi yang melambangkan sokongan kepada komuniti LGBT menjelang perlawanan Liga Perdana Inggeris baru-baru ini.

Menurut laporan media, tindakan pemain pertahanan itu menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan peminat dan penganalisis sukan.

Van Dijk berkata, bola sepak sepatutnya tentang permainan, usaha dan penyokong bukan politik.

Beliau turut menggesa untuk menghentikan paksaan seperti itu.

Kenyataan itu mendapat sokongan daripada sebahagian besar penyokong Liverpool yang memuji pendirian beliau.

Mereka turut berkata, fokus utama pemain seharusnya kekal pada prestasi pasukan di padang dan menolak campur tangan agenda sosial atau politik dalam bola sepak.

Pihak Premier League turut dikatakan meneliti semula pendekatan mereka terhadap simbol sokongan seperti armband pelangi, yang selama ini digunakan sebagai tanda solidariti dengan komuniti LGBT.

Van Dijk menjadi simbol bagi mereka yang percaya pemain berhak memilih sama ada ingin terlibat dalam kempen sosial tertentu dan insiden itu mencetuskan perbincangan lebih luas mengenai peranan pemain dalam isu sosial dan politik dalam sukan profesional.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button