BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Produk VS’lim lulus ujian KKM, tiada bahan terlarang

BANGI – Produk kesihatan jenama VS’lim disahkan selamat digunakan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ia bebas daripada bahan terlarang seperti Sibutramine.

Pengarah Syarikat Vdare Healthy & Beauty, Noor Addina berkata, keputusan rasmi KKM pada 13 Ogos lalu sekali gus menafikan dakwaan tidak benar yang tular di media sosial sebelum ini.

Menurutnya, walaupun terdapat pihak tidak bertanggungjawab membuat aduan sehingga membawa kepada pemeriksaan dan rampasan produk oleh KKM pada 24 Jun, hasil siasatan mendapati VS’lim tidak mengandungi bahan berbahaya.

“Segala tuduhan yang dilemparkan terhadap produk kami adalah tidak benar, mengelirukan serta berunsur fitnah. Kami memandang serius isu ini dan telah menghantar notis tuntutan kepada seorang pemilik akaun TikTok pada 2 Julai lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghantar Notis Tuntutan (LOD) kepada seorang pemilik akaun TikTok yang dikendalikan Tetuan Adnan Sharida & Associates baru-baru ini.

Noor Addina menegaskan, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya masih terdapat hantaran atau komen berunsur fitnah terhadap syarikat dan produk keluarannya.

Dalam pada itu, syarikat berkenaan menekankan setiap pengguna perlu mengambil kira keadaan kesihatan masing-masing sebelum menggunakan produk tersebut, khususnya golongan wanita hamil, menyusu atau mereka yang mempunyai masalah kesihatan tertentu.

“Pengguna disaran mendapatkan nasihat doktor atau pegawai farmasi sebelum mengambil produk ini,” jelasnya.

Noor Addina memaklumkan perisa baharu VS’lim, ChocoCream hasil kajian berterusan yang menekankan keberkesanan dan keselamatan pengguna.

Sementara itu, Noor Addina turut mengumumkan pelancaran perisa baharu VS’lim iaitu ChocoCream pada 25 Ogos lalu hasil penyelidikan berterusan yang menitikberatkan aspek keberkesanan serta keselamatan pengguna.

“Kami akan berkongsi maklumat lanjut mengenai ChocoCream di platform rasmi syarikat agar masyarakat dapat menilai kesesuaian dan keberkesanannya,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita palsu sebaliknya hanya merujuk kepada kenyataan media atau saluran rasmi syarikat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button