Wan Ahmad Farid dilantik Ketua Hakim Negara, Azizah Nawawi terajui Sabah dan Sarawak
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan mengurniakan suratcara pelantikan kepada Yang Arif Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu.
Sempena pelantikan Ketua Hakim Negara ke-17 itu, Wan Ahmad Farid, 62, yang menggantikan Tun Tengku Maimun Tuan Mat melafazkan sumpah taat setia jawatan.

Dalam isiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil, Istana Negara itu, Baginda turut mengurniakan surat lantikan kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.
Pelantikan Presiden Mahkamah Rayuan dikurniakan kepada Yang Arif Datuk Abu Bakar Jais, manakala Yang Arif Datuk Azizah Nawawi dilantik sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Pelantikan lain termasuk lapan Hakim Mahkamah Rayuan iaitu Dr. Shahnaz Sulaiman; Paduka Evrol Mariette Felix Michael Peters; Ong Chee Kwan; Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid; Leonard David Shim; Nadzarin Wok Nordin; Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid dan Muniandy Kannyappan.
Pelantikan bagi Hakim Mahkamah Tinggi pula melibatkan
Maslinda @ Linda Mohd Ainal; Datuk Faridz Gohim Abdullah;
Dr. Choong Yeow Choy; Saiful Azian Mokhtar; Evawani Farisyta Mohamad; Indra Nehru Savandiah; Sumathi Murugiah; Moses Susayan; Kan Weng Hin; Dr. Wendy Ooi Su Ghee; Mohd Rosli Yusoff; Dr. Hazlina Hussain; Roszianayati Ahmad dan Mohamad Haldar Abdul Aziz.
Istiadat turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |












